Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih daripada 40 orang dilaporkan terbunuh dan puluhan lagi mengalami kecederaan apabila 2 buah kereta api penumpang bertembung di sebuah stesen di Semnan, Iran.
Menurut sumber rasmi, pertembungan itu berlaku di stesen Haf-Khan yang terletak berdekatan dengan bandar Shahroud jam 7.40 pagi waktu tempatan pada hari Jumaat.
Ketua Perkhidmatan Kesihatan Kecemasan, Pir Hossein Kolivand memberitahu agensi berita Tasnim bahawa 44 orang terbunuh manakala 82 lagi mengalami kecederaan.
Tujuh pasukan penyelamat telah dihantar ke kawasan tersebut dengan helikopter dan juga ambulan. Sebuah kebakaran yang besar juga dilaporkan berlaku sekaligus melambatkan usaha-usaha menyelamat yang dilaksanakan dalam cuaca sejuk.
Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta api penumpang melanggar sebuah kereta api yang sedang berhenti di stesen yang terletak lebih kurang 250 kilometer dari Tehran itu. Pertembungan itu menyebabkan 4 buah gerabak tergelincir dan terbakar.
25 November 2016 - 17:12
News ID: 794220
Lebih daripada 40 orang dilaporkan terbunuh dan puluhan lagi mengalami kecederaan apabila 2 buah kereta api penumpang bertembung di sebuah stesen di Semnan, Iran.